Monday, March 28, 2016

Jangan Bersedih,Ini hanya sementara...

Syahdunya title..sedikit sebanyak memberi hint isihati rampongiseng ketika ini...hilang yg ada sekarang,akan ada yg baru datang...bersabarlah, dan yakin janji Allah itu pasti.Baiki amalan dan hubungan dgn Yang Maha Esa..selebihnya kita berserah. Doa yang terbaik datang menjelma.

Sunday, August 26, 2012

Pramugara Yang Terlampau

Tajuk posting memang x hengat punya..ada mcm duplicate tajuk filem panas bertahun dulu..Apa2 pun posting ni xda kaitan dengan filem panas tu, cuma watak utamanya yang sama "Pramugara". Now Everyone Can Fly betol x? Thanks to Airasia pasal depa ni la semua org boleh fly ...I believe I can fly is possible..asal ada duit..tapi patut  x kalau dah bayar pun kena pekik teriak kat org2 depa nih.ada kata patut ada kata x patut.Patut kalau yg naik tu ayam atau seangkatan dengannya..

Kisahnya begini, kejadian berlaku time nak balik dari beraya di kampung di Terengganu (agak2 depa ingat kita ni org kampung agaknya tu yg sesuka hati terpekik terlolong kat org tu).masing2 tunggu nak boarding flight AK5385...of course yg naik flight tu mcm2 org ada,org local international semua ada tua muda baby budak kecik u name it..dah duduk semua fastened seat belt dan ada gak yg belom mcm budak2 dah tentu mak ayah depa pandai handle. after all kita bukan first time naik flight,dah berpuluh kali dah,we know the prosedure dah..apa yg berlaku masa wife kita tengah handle anak lelaki kita tetiba dtg lah sorg mamat steward nih jerit kat anak kita .."mak dia pun ngko lempang..dudok!dudok!" biasalah budak umur 2 tahun memang mcm tuh ambik masa sikit nak suruh duduk..kita pun terpinga2 mcm x percaya stewardtu boleh pekik gitu. Kita pun senyaplah lepas tu sampailah wife kita bising tanya kat mamat tu dgn colleguenya dok sibuk tolak trolley .."harini ketua pramugara ke pramugari"..bermula disitulah wife kita kasi balik cakap mamat tu biadap buat anak org gitu dan memalukan kita sefamily..anak passenger cina dari medan pun ketakutan lepas mamat tu pekik2 mula2 tu.."Mas, saya ingatkan mas suruh dia marahin anaknya" ..kita pun jawab tidak..mana ada kita suruh dia marah2 anak kita...So apa lagi lepas bising2 tu kita dgn panas nya suruh mamat tu belah sebelum lagi teruk dia kena..dan dtglah lepas tu Chief stewardessnya..dgn muka kecutnya tanya2 apa hal..kita explain dna dia bagi kita isi borang komplen siap bagi nama steward kurang ajar tu..nak saya mention dlm ni x? (this one I need your response)..siap advise tweet kat Tan Sri Tony..dan ada reply dari Tan Sri..

Jadi skarang tengah tunggu apa tindakan selanjutnya daripada depa..kita bukan x suka airasia,apa lagi pilihan yg kita selain dari mas kalau nak terbang betol x?cuma yg x berapa bagusnya tang service dan courtesy tu je.

Masih hangin sampai la ni.

Thursday, January 27, 2011

Rezeki Yg X disangka2.

Assalamulaikum,

Semalam mood sepanjang hari bertukar sekelip mata gara2 kereta kena rempuh motosikal yg secara x sengaja mengelak sebuah motosikal yg kureng asam keluar mencelah lalu mencalarkan pintu kreta saya. Itulah semalam posting bercakap pasal rezeki,jadi Alhamdulillah saya pun dapat rezeki yang x disangka2.Cuma yg x bestnya kereta calar balar,dan yang syukur amat sgt tiada injury.Tiada niat nak "pow' pakcik yg merempuh tu tapi atas persetujuan bersama pakcik tu hulurlah apa yang ada.Itulah persoalan rezeki kita x tau walaupun kita rasa kita berusaha kekadang x jugak dpt.Sebabnya kita berusaha tapi x pernah minta kepada yang memberi dan membuka pintu rezeki kita, tiada yang lain tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Allah Subhanahuwata'ala.

Bebalik kepada kisah kreta yg kena tu,nantilah saya postkan gambar.Semalam dlm keadaan jalan jam,quick decision perlu dibuat,so xda masa nak tuduh2 sapa yg salah,coz yg bersalah tu terang2 belah gitu je,(xpe smlm dia lepas esok lusa kita x tau). Jadi rampongiseng pun minta pakcik yg budiman tu pergi ke kawasan letak kereta berdekatan area Satok (kejadian ni kat Kuching, Sarawak) tunggu kat situ for further discussion. Dipendekkan cerita, deal dgn mature man senang x banyak cerita.kalau dgn bebudak confirm kena luku terajang. Settle..saya mendoakan kedua2nya murah rezeki dan dimudahkan urusan pada masa akan datang.

Pesan Rampongiseng kepada motorcyclist please be extra carefull,jangan sesekali mencelah antara kereta.Bahaya!

Bergumbiralah!!!

note: Rampongiseng bukan anti motocyclist aaa.. (wa pun aler moto ma kat rumah)

Wednesday, January 26, 2011

Dia mula daahh..now i start talking


Ya'll..(cilok bahsa kulit itam sket)..ni nak cerita sikit..mungkin ramai kenalan tanya, apa cerita bikin blog ni? or maybe mau tukar professionka jadi blogger.heheh..tiada sebab yang solid nak blogging.saja nak sharing2 dgn geng2 kwn2,..ada info yg bagus you all cilok lah (sila2kanlah)..
but why now??..ohh panjang cerita..time & money is d factor.oleh kerana sibuk dgn kerja & family so time & money lah factornya.bukan apa, masa habis pasal kerja cari duit.buat blog xyah modal la,masa yg penting.

tapi sepanjang perjalanan dari 2006 sampai skrg, one thing interesting about "rezeki"..the real definition of rizki in life ..rezki bukan hanya wang ringgit, tapi it covers almost all aspect of life.So, i define rezeki as time,friendship,mangkin, it is more than money.Jadi geng, from tommorow onwards mungkin tuan puan boleh cakap,nawaitu keluar rumah sebab nak cari rezeki halal kerana beribadat kepada Allah Ta'ala. Cari kawan rezeki, ada masa terluang juga rezeki, dimudahkan urusan juga rezeki..wahh terlalu banyak rezeki diluar sana..cuma kita tak sedar yg semua itu "REZEKI"..

Renung2kanlah dan Selamat semuanya.

Asal Usul Dari Tanah, rampongiseng???




 Yess..post yang pertamaku. Tuan puan musti mau tau mana asalnya nama rampongiseng ini. Manusia asal ciptaannya daripada tanah,tapi yang ini bukan berasal dari tanah daaa..Kalau tuan puan suka tengok cerita2 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dah tentu dapat teka dari mana "Rampongiseng" datang. Dah tengok sedutan filem tu.haahh.. situlah asal usulnya "Rampongiseng" itu.
Ini baru permulaan, belum betul2 lagi..

"prampongiseng...heheheng smaarrrti lem"

note: asal usul nama coklat "Smarties" pun dari petikan yang sama...haha jangan percayalah tembirang aja tu kata orang Sabah..

Lambattt Cerita

Assalamualaikum,

Punyalah lama dah set blog ni, 2006 wooo..tapi harini baru nak posting.Sedih,orang lain dah jauh belayar,kita baru nak mula.Orang lain dah beriban duit dalam akaun buat blog,kasihan  kita baru nak merangkak. Apa2 pun tujuan nak buka blog bukan bermaksud nak cari duit pun, kalau ada masyuk apa salahnya. Sekadar nak kongsi benda2 @ perkara2 menarik yang mungkin tuan puan pun minat sama. Ok,posting akan datang maybe dalam macam2 bahasa, so kita tunggulah.Tengah cari bahan2 yang sesuai.

Salam mesra drpd meja kerja Rampongiseng!